Puisi Untuk Aku

... Puisi Untuk Aku ...

aku tak bisa lg susuri jln bersimpang segi
hanya menunggu dinihari datang
dan pegi bersilih ganti
disekian kali..
aku tidak setegar dulu
tidak sekukuh waktu itu
mudah mengalir duka dan sendu
bila mlm bradu
aku termangku
bilakah smuanya akan berlalu
menyalin pegi lipatan sribu
yg aku sendiri xtahu...
aku hilang bicara
sgala kata tidak berguna
untuk diluah tiada makna
hanya harapan penguat rasa
trus menanti bilakan tiba ari bahgia
penuh ceria..
tapi..
aku masih sendiri
insan lain tiada peduli
biarpun tinta asyik menari
takkan ada yg akan memahami
hakikat diri masih dicari
namun yg pasti
aku akan berpuisi lagi...

Hari ini

hari ini aku kembali
bersama jemariku
menulis segala yang datang dari hati ini
hati yang gundah
hati yang resah
bagai ingin ku getarkan bumi ini
untuk dikabarkan pada dunia
getaran di hati ini menyeksakan jiwa
getaran di hati ini menyesakkan dada

pada-Mu tuhan aku bermohon
sampaikan salam ku pada semua
agar maafkan segala kesalahanku

Malam ini

Dalam kelewatan malam ini
aku menyusun hati
menulis seribu kata
segala yang terpendam
segala yang dirasa

aku ... sungguh sunyi malam ini
menunggu matahari yang seakan
menyorok disebalik malam
mencari bulan yang sembunyi di balik awan
kedinginan malam ini makin terasa
pabila langit melimpahkan hujan
bagaikan memomokkan diri ini

angin...
apa khbarnya pujaan hatiku
katakan padanya aku disini menanti dirinya
katakan padanya hati ini masih mengharap

Hujan...
Titiskanlah rintihanku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


kerana jarak terlalu jauh antara kita
ku pohon alam semesta
melewati segala kata
diriku padamu
kasih...


Andainya

Andai suatu hari nanti
aku pergi dulu sebelummu
sahabat...
teman...
kekasih...
ku ingin sampai kan kesempatan ini
dengan ucapan terima kasih
sahabat..kerana disitu bersama ku
teman...kerana memenuhi ruang kosongku
kekasih...yang mengajar erti kasih dan sayang

andai suatu hari nanti
si Dia mengambilku sebelummu
sahabat...
teman...
kekasih...
ku pohonkan kemaafan darimu
sahabat...kerana tidak lagi disisimu
teman..kerana membiarkan ruang kosong itu ada
kekasih...kerana cinta tak kesampaian

andai suatu hati nanti
aku tiada
ingatilah aku dalam doamu
sahabat....
teman...
kekasih....

andai suatu hari nanti
sahabat....terima kasih
teman....terima kasih
kekasih...terima kasih



Langkah

langkah ini ku lalui
bersusah payah untuk melupakan segalanya
terlalu banyak memori indah yang menitiskan air mata
namun aku gagal
kerana semakin ingin aku cuba...
semakin gagal aku rasakan
terlalu banyak
sngat banyak
ku tahu
cinta itu tidak semestinya bersatu
namun ku tahu
cinta itu indah
dan kerana keindahan itulah aku gagal
untuk melupakanya

no title at all

Bagaikan ingin ku berlari
namun ia tetap menghantui
perasaan sendiri
yang menyeksa diri

aku disini
berlutut pada-Mu
Ya Allah...
Jangan pisahkan kami
Jangan...
luluh hati ini ingin melepaskan dia
kerana perasaan dlam diri terlalu dalam



Langkah

Photobucket

bagaikan tercipta satu perasaan
untuk melangkahkan kaki
walaupun berat..
walaupun tenat...
pun hidup mesti diteruskan...

jika aku mampu melangkah sekalipun
yang bergerak hanya jasad
dan tinggallah semangat dan hati
yang tak mampu meneruskan
hanya mampu melihat...

Tapi jasad itu tetap akan melangkah
sejauh mungkin
agar tertinggal jauh dari segala kenangan

Puisi Sepi

recently just like this puisi from cerita Sepi

~PUISI SEPI~


Bisikku pada bulan
Kembalikan Temanku
Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Yang ni pulak dari ada apa dengan cinta

Puisi tentang Seseorang



Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi... sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau dipasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai



Ya im not suppose to use other materials..but somehow it matches to each other...
matches to the situation

Terima Kasih Sayang

Cinta...itu benar bahagia
Cinta... itu benar gembira
Cinta... itu benar suatu cahaya nikmat di dunia

Tahniah kepada mereka
yang hidupnya disempurnakan oleh cinta
tahniah...

aku...
aku pula hanya mainan cinta
cinta yang hadir dalam diri ini
hanya membinasakan diri...
dirimu memperkenalkan aku dengan cinta
aku bahagia
namun kini
tidak pula aku ingin percaya dengan cinta

terima kasih kerana perkenalan itu
terima kasih...



Sekali lagi Maafkan aku teman

hadirnya kini kembali
untuk memohon kepadamu
kemaafan darimu
kerana takdir yang tersurat
kerana masa kini yang terluka
kerana masa dulu yang berbisa
kerana masa depan yang merana

maafkan aku teman
jika hadirku melukaimu
jika hadirku menyakitimu
jika hadirku menyeksamu

maafkan aku teman
mata ini yang melihat keindahan mu
hati ini yang menyayangimu
bibir ini yang mengukir bait indah bersamamu
diri ini yang meluangkan masa bersama

maafkan aku teman
maaf
maaf

langkah demi langkah
akan ku tatih perlahan-lahan
sendiri
tapi ku masih menanti
untuk bersamamu


Kerna Hati Merasa

hari ini aku menulis kerana aku tau...
hari ini aku menulis kerana aku mahu
hari ini aku menulis kerana hati ini inginkan aku kembali
bersama dengan hasil tulisan yang aku tinggalkan

hati ini menulis kerana aku rindu
rindu akan ketenangan
hati ini menulis kerana aku sayang
aku sayangkan kedamaian

Ya!
Kedamaian itu datang dari hati
hati kecil yang Allah ciptakan
hati kecil yang mengetahui baik buruknya
segala tindaakan yang terjadi
perlulah datang dari hati
bukan dari akal fikiran
kerana hati ini tahu segalanya
kerana akal akan dikuasai syaitan

Kesabaran itu perlu
Kesabaran itu wajib
kerana tanpa sabar
akan mencetus sesuatu yang lebih besar
ku tahu kesabaran itu akan melukai hati
ku tahu kesabaran tu akan mengalirkan air mata
tapi ku juga tahu kesabaran itu adalah kemenangan

3 tahun
adalah waktu aku bersabar
3 tahun
aku dihujani dengan dusta dan nista
3 tahun
aku sendiri menempuh derita
namun dalam 3 tahun itu
DIA disisiku
Dihatiku
Alhamdulillah
ku bersyukur kepada-Mu
berkat petunjuk-Mu
3 tahun itu kini berslalu
dan kini aku bahagia
kesabaran itu sungguh bermakna

berfikirlah dari hati yang sering tahu akan kebenaran
berfikirlah dari hati yang sentiasa diberi petunjuk-Nya
kerana akal akan dirasuk nafsu
kerana akal akan dirasuk amarah
kerana akal akan dirasuk Syaitan