Menulis

Mood : Rajin menulis kembali
Ada manusia bijak berkata2
Ada manusia cuba berkata2
Ada manusia mahu berkata2
tapi kebanyakan mereka hanya malu untuk berkata
hari ini aku ingin menulis
menulis tentang cinta
kerana aku cintakan penulisan

Aku suka menulis
aku suka bermonolog sendirian
padahal aku ambil jurusan sains
padahal aku sambung jurusan komputer
sedangkan aku bekerja dengan mendesign

tapi bagaimana
bila hati terkenang
bila minda melayang
bila telinga terngiang
akan kasih
akan cinta
yang teramat ku sayang...
sayang..
jikalau dirimu sedang membaca
ketahuila syg
dirimula sebaik diriku
jangan sekalipun berpaling dariku
bersama kita merenung akan masa depan
yang sedang kita gapai
jangan lepaskan genggamanmu
akan kasih..cinta..sayang
yang bersama kita bina

simple word hard to say
"I LOVE YOU!"

Terperangkap





terperangkap!!!
Yup aku terperangkap dalam satu kotak yang tiada pintu..
puas ku cuba memujuk insan di luar
agar membuka kotak itu
yang di atas menjanjikan indah
yang tepi menjanjikan bahagia
yang bawah menjanjikan perasaan
setiap mereka memberikan harapan
agar aku terus bernyawa
tapi tidak bolehkah salah sorang dari mereka beralah
tiadakah ingin bersatu
aku hanya ingin keluar
indah itu di luar
bahagia itu di laur
perasaan itu jugak diluar
bagaimana untuk aku kecapi salah satu
jika tidak dapat keluar??

Soalan

Aritu nak bg soklan ni kat cik gf tp die xnak layan...hurmmm tulis kat sini lah..kot2 die perasan sila jawap eh...

Sayang...
bagaimana nak tunjukkan kerinduan?
ia ada
ia wujud
kita rasa
tapi ia juga tiada

Bagaimana nak luahkan sayang?
ia ada
ia wujud
ia sangatla terasa
tapi ia juga tiada

Bagaimana hendak membuktikan cinta?
ia ada
ia wujud
ia membuatkan hatiku gelora
tapi dimana ia?

Jika rindu itu luka
luka ku dah bertambah parah
luka ku dah kembali berdarah
luka ku dah tahap kritikal
tapi ia wujud dalam perasaan..
dalam hati..
bayangkan betapa parahnya hati ini
diseksa KERINDUAN?

jika kasih itu tanah
ia dah tinggi menggunung
ia dah melepasi ozon-ozon
tak perlu lagi roket untuk pergi ke angkasa
panjatla kasihku itu
tapi ia perasaan
terbit dari hati
bayangkan betapa hati ini dilambung dengan bahagianya berkasih denganm

Jika cinta itu air
ia dah membentuk satu lautan
lautan yang sangat dalam
rasa-rasanya dah banjir dah bumi ni dengan lautan cintaku
tapi ia perasaan yang hadir dari hati
bayangkan betapa luas dan dalamnya cintaku padamu