Milikku .... Selamanya

Sayang...
Maafkan abang tidak menulis puisi dihari jadimu
Maafkan abang kebuntuan idea untuk menulis..
Bukanlah bermakna abang tidak menyayangimu
Tidak jua bermakna kasih abang berkurangan
Hanya kerana ..
abang terlalu gembira..
dan segala-galanya telah ku luahkan padamu
_________

Sayang...
Klau dulu diri ini pernah terjatuh
jauh dalam gaung yang dalam
Sakit dan perit..
kini abang terjatuh lagi .. namun
ku jatuh lembut ke atas tilam cintamu

Izinkan diri ini menjadikan dirimu
teman hidupmu sepanjang hidupku..
hingga ke Jannah Illahi..
Dunia Maha agung idaman kita..


Sayang..
pernah dulu ku katakan
ku tak mampu hidup tanpamu..
diriku tak perlu membunuh diriku untuk buktikan kata itu
tanpa mu saja mampu membuat diriku
sesak nafas
lumpuh
dan nazak

Sayang
pernah dulu ku kata
cintaku lebih tinggi dari gunung2 di bumi ini
cintaku lebih dalam dari lautan
tak perlulah dirimu sukat
bayangkan saja belum tentu dirimu mampu

Sayang..
Kini aku
sabar menanti
menanti akan hadir hari itu..
akan hadir satu hari ..
kita kan bersama...
skali lagi ..
BERSAMAAAAA
secara sah..
SELAMANYAAA

Happy Birthday Mama

Mama, Sempena Hari Jadimu hari ini..Ku tuliskan sebuah nurkilan untukmu


Mama,

Dari tapak kaki kami

segenggam tanganmu

tidak pernah dirimu mengeluh sehari untuk kami

Pengorbananmu.. laksana titisan embun

Terhidang di dada subuh

Meresapi ranting-ranting

Umbut usia pagi…..

Sangat Jujur dan Tulus..

Ikhlas Sepenuh hati


Mama,

Tika kami masih kecil

anakmu ini berteriak menangis

lapar.. menangis

bangun .. menangis

tidur .. menangis

namun bagi itulah satu lagu yang sangat indah

irama anugerah dari Ilahi


Mama..

Setiap deras degupan jantung kami

Engkau mampu merasanya

Ketika Kam:

Sedih

Gembira

Gelisah

Naluri ibumu

Bagaikan sebati dalam diriku


Mama,

Sekali lagi ..

Terima kasih yang tidak terhingga dari kami ; anak2mu

tanpa dirimu..kami hanya roh kosong mencari jasad di bumi Allah

tanpa kasihmu.. kami hanya jasad yang tidak kenal erti kasih sayang

tanpa cintamu.. kami hanyalah manusia yang kosong tanpa erti bahagia


Mama,

suatu hari nanti anak2mu akan pergi

menjalani hidup masing2

dengan keluarganya masing

namun sematkan dalam hatimu

tatahkan dalam jiwamu

takkan secuit .. mahupun sekelumit dalam hati kami

kami akan melupakanmu

namamu terpahat dalam setiap doa kami..


Mama,

Terima Kasih Mama

I LOVE YOU SO MUCH

U Meant a WORLD to US

would you believe me?

if i say i want you
would you believe me?

if i say i can live without you
would you believe me?

if i say u are the one for me
would you believe me?

to be frankly its half true
i not just want you...
I NEED YOU
How can I live without you?
when YOU ARE MY LIFE
and My HEART is beating your name
u are not the one for me
YOU ARE THE ONLY ONE FOR ME
THE ONLY ONE I NEED
EVER

bila ia....semakin menghilang

tgh belek gambo waktu kanak2 belum akil baligh katenye hehe..tingat jap zaman tu...

galah panjang –padahal lukis atas tanah jerk

guli – agak power gak la aku kat sini..byk guli aku sampai xpayah dah pakai biji getah men congkak

nyorok2 - perggh bdk2 kampung siap men tukar baju lagi..mengelirukan pihak musuh katenye

layang2 kertas – pakai sokabar ngan batg lidi penyapu (jgn marah ye mama)

gasing – aku siap kaler lagi aku punye takut tertukar,zaman ni tali gasing tergantung kat kedai

polis n entri – game legend ni.. tp xdela sampai men tembak

panjat pokok gajus – huiih kami siap buat tempat lepak lagi..dah mcm treehouse cume xde bumbung

tangkap ikan – kat longkang je kot..tp bersih..

men bola – gol pertama bukk baju..huhu aku la pling menyerlah ... kulit putih katenye

lastik – aku ade lastik tp x lastik burung .. buat alau gagak ngan lembu jerk

tembak – pakai batangkayu,getah ngan buah ape ntah .. simpe gile ...

lastik cicak – pakai getah gelang yg besar tu bagi kucing makan jimat kos..xyah beli mknan kucing

lontar selipar/tin – perghh zaman tu game ni paling best..xterpikirla slipar member tu ade calit taik lembu

jenjalan nek beskal – raya aritu aku nek beskal jerk pegi masjid..aku sorang je nek beskal..budak2 pun dah pandai nek motor (zaman aku beskel lee run)

rounders – basic cam men baseball la..pakai bola tenis..itupun kalau mmpu

pergh macam2 zaman dulu...tp skarang hmmm aku balik kampong bola pun susah nak cukup orang..rindu lak zaman dulu..happening..skang nie..dorg dah ade PS2,xbox antisocial sungguh...budak kecik pun dah pandai merokok...huhuhu

Bosan

yup aku dah bosan
bosan kepada mereka yg hanya nampak sebelah pihak
bosan dengan perintah tanpa bertanya
"eh kau boleh x? kalau x boleh..bolehkan jugak,,xtau dah nak minx tolong sape"
so ko pikir aku nak jawab aper?
kalau aku jawab boleh kau suker
aku jawab x boleh pun kau suker
sbb aku kene bolehkan jugak

kepala aku dah pening
migrain aku dah datang balik
itu yang aku dapat
nak tolak salah
tak tolak susah
boleh tak korang pikirkan sendiri
aku ni pun manusia
ade hal sendiri dalam dunia sendiri
ade masalah sendiri
ade aku mintak tolong korang
kalau korang cakap x bley pun aku x kesah pun
aku cuber sedaya upaya aku

Ya Allah,
ku berharap pada-Mu ya Allah
menghadapi setiap liku kehidupan ini
hanya berharap agar diri-Mu
berika petunjuk untuk segalanya

Ku Pohon

Hati ini telah kembali tenang
tangan itu mencantumkan serpihan hatiku
yang telah hancur kini menjadi satu
walaupun terluka terkena serpihan silamku
dia...
tetap disitu
utuh...ukuh...

Andai suatu hari nanti
tiada lagi degupan jantungku
ku mahukan dirinya disisiku
menemaniku dinafas terakhirku
ku mahukan dirinya
menjadi milikku

Ku pohon pada-Mu
permudahkanlah perjalanan cinta kami
restuila hubungan kami Ya Allah,
moga ia kekal dijalan keredhaan-MU

I am number 4 but together we are ONE

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bila Aku Katakan "Dia Milikku"

Sayang,
Telahpun ku katakan padamu td
Setulus dari hatiku
Setiap SAAT
Setiap DETIK
Setiap NAFAS
Mahupun Setiap Degup Jantung ku ini
AKU MENYINTAIMU

Sayang..
Telah jua ku katakan tadi
Dirimu adalah MATLAMATku
Semua tentang ditiku hanyalah UNTUKMU
Aku Mahu Kau
menjadi ISTERIKU
menjadi IBU kepada anak-anakku
Nenek kepada Cucu cucuku
KERNA dirimu
adalah nyawaku
hatiku
hidupku..

Dia

Terima kasih atas kurniaan-Mu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Eh Titanic Tenggelam

Cerita pasal kapal .. eh bukan ni perihal sebuah kapal

Kau aku dia mereka
adalah dalam satu kapal yang sama
arah tuju yang sama
menuju kedarataran yang sama
tiupan angin yang sama

kapal itu tidak akan tenggelam
kalau kita bersatu
kalau kita bersama
kalau kau dan aku
sentiasa berpada

kini kapal itu mula goyah
eh eh ade bocorlah
sorang ke kiri
sorang ke kanan
nakhoda pun cuba menenggelamkan krewnya
kalau krewnya mati
kau nak ambil orang celah mana?

macam mana nak teruskan perjalanan
bila krewnya saling bergaduh
bila kompas x menjalankan tugas
bila layar x dibuka
bila sauh masih tersangkut
bila nakhoda sering mencari salah
tanpa menyelesaikan
bila...
bilakah akan tiba di tujuan

p/s: aku dah standby dah dengan emergency boat

Menulis

Mood : Rajin menulis kembali
Ada manusia bijak berkata2
Ada manusia cuba berkata2
Ada manusia mahu berkata2
tapi kebanyakan mereka hanya malu untuk berkata
hari ini aku ingin menulis
menulis tentang cinta
kerana aku cintakan penulisan

Aku suka menulis
aku suka bermonolog sendirian
padahal aku ambil jurusan sains
padahal aku sambung jurusan komputer
sedangkan aku bekerja dengan mendesign

tapi bagaimana
bila hati terkenang
bila minda melayang
bila telinga terngiang
akan kasih
akan cinta
yang teramat ku sayang...
sayang..
jikalau dirimu sedang membaca
ketahuila syg
dirimula sebaik diriku
jangan sekalipun berpaling dariku
bersama kita merenung akan masa depan
yang sedang kita gapai
jangan lepaskan genggamanmu
akan kasih..cinta..sayang
yang bersama kita bina

simple word hard to say
"I LOVE YOU!"

Terperangkap





terperangkap!!!
Yup aku terperangkap dalam satu kotak yang tiada pintu..
puas ku cuba memujuk insan di luar
agar membuka kotak itu
yang di atas menjanjikan indah
yang tepi menjanjikan bahagia
yang bawah menjanjikan perasaan
setiap mereka memberikan harapan
agar aku terus bernyawa
tapi tidak bolehkah salah sorang dari mereka beralah
tiadakah ingin bersatu
aku hanya ingin keluar
indah itu di luar
bahagia itu di laur
perasaan itu jugak diluar
bagaimana untuk aku kecapi salah satu
jika tidak dapat keluar??

Soalan

Aritu nak bg soklan ni kat cik gf tp die xnak layan...hurmmm tulis kat sini lah..kot2 die perasan sila jawap eh...

Sayang...
bagaimana nak tunjukkan kerinduan?
ia ada
ia wujud
kita rasa
tapi ia juga tiada

Bagaimana nak luahkan sayang?
ia ada
ia wujud
ia sangatla terasa
tapi ia juga tiada

Bagaimana hendak membuktikan cinta?
ia ada
ia wujud
ia membuatkan hatiku gelora
tapi dimana ia?

Jika rindu itu luka
luka ku dah bertambah parah
luka ku dah kembali berdarah
luka ku dah tahap kritikal
tapi ia wujud dalam perasaan..
dalam hati..
bayangkan betapa parahnya hati ini
diseksa KERINDUAN?

jika kasih itu tanah
ia dah tinggi menggunung
ia dah melepasi ozon-ozon
tak perlu lagi roket untuk pergi ke angkasa
panjatla kasihku itu
tapi ia perasaan
terbit dari hati
bayangkan betapa hati ini dilambung dengan bahagianya berkasih denganm

Jika cinta itu air
ia dah membentuk satu lautan
lautan yang sangat dalam
rasa-rasanya dah banjir dah bumi ni dengan lautan cintaku
tapi ia perasaan yang hadir dari hati
bayangkan betapa luas dan dalamnya cintaku padamu

Ku Sujud

Tuhanku
Kami sedar kami jauh dari-Mu
sedangkan Kau sentiasa mendampingi kami
membisikkan kata-kata rindu-Mu
pada kami
rindukan doa kami
rindukan sujud kami
Maaf Allah, kami kerap terleka

Hari demi hari
kami semakin jauh hanyut dalam godaan
semakin tenggelam oleh dunia
Kau anugerahkan kami
pangkat
harta
makanan
tapi kami lupa
lupa nak menadah tangan dan sebutkan
Alhamdulillah
syukur nikmat atas-Mu Ya Allah

Dan kini Allah
Maafkan kami
Terima kasih atas kurniaaan-Mu

Kisah Cinta

Jika mahu diukur kasihku padamu
lebih dalam dari tujuh lautan
lebih banyak dari butiran pasir di pantai

Rinduku padamu
adalah satu perasaan yang sentiasa
tersemat dihatiku
walau jauh mahupun dekat jarak kita
rindu itu sentiasa ada

Rindu itu anugerah
cinta itu pengorbanan
kasihku padamu tiada had
dirimu cuma satu
andai terpisah
satu malapetaka telah timpa
pada cinta agung milik kita

Ya..ku akui
diriku gagal pada episod lama
namun kini ku syukuri pada-Nya
menghadiahkan dirimu
untuk kisah terbaru
sayang
moga kisah cinta kita ini
tidak berakhir...
selamanya

Perasaan

Entah kenapa?
setiap kata
setiap bait
bagaikan salah
bagaikan tidak cukup sempurna

entah mengapa
setiap langkah
menyesatkan
setiap pandangan
mengaburkan

entah ??
kenapa malam ini
aku rasa
genggamannya bagaikan rapuh

=(

Kalau bumi mampu ....

Kalau bumi ini mampu menangis
sudah banjir dunia kita
sudah berair alam semesta
tiada lagi isu kekurangan air...
Namun...
Kalau bumi mampu melawan
habis manusia dilanda badai..
habis manusia ditelan..
habis manusia dilemaskan..
Namun..

Kalau bumi mampu berkata
sudah pasti berucap didalam mesyuarat PBB
sudah pasti berucap di kaca TV
sudah pasti menjerit di setiap telinga kita
Namun...


Namun itula bumi..
ia hanya mampu memberi
segala yang indah untuk kita
laut...
haiwan...
pokok2...
akar kayu...
permandangan yang indah
yang terbentang...mahupun masih belum ditemui
tanpa sebarang tindakan dari ia...
ia tidak pernah meminta belas..
ia juga tidak pernah mengharap balas..
Namun kita sering merosakkanya..
tanpa sedar bumi ini menangis..
setiap kali tetakan kearah pokok2 di bumi..
setiap kali kita menguji bom2 kerosakkan..

ku pinta kasihanilah beliau...

Buntu

Bila semua yang berlaku
Bagaikan salahku
Jika ku punya kuasa magis
yang dulunya aku tidak mahu
kini ku ingin tuntut sangat2
bukan untuk mengulang kembali sejarah
tetapi untuk menghilangkan detik2 yg salah

Tiada cara untuk ku ungkap semua
tiada cara untuk ku bukti segalanya
andaikata benar peribahasa
belahlah dada lihatla jiwa
belahlah dada..ambillah jiwa
kerana sesungguhnya benar
jiwa...
hati...
kasih...
seluruh raga dan hidupku ini
adalah milikmu...

Percayalah sayang
tiada dua
tiada tiga...
mahupun satu perdua
hanya satu
dan ia untukmu
syangku
Sharifah Fateha Syed Idris

Ajarlah Aku Bercinta!

Hati ini telah berpaut erat padamu
Ingin skali ku hidup
bersamamu...
hanya dirimu...
Sayang..

Jika hidup ini dikurniakan
seratus tahun...
tidak...seribu tahun
mahupun berjuta2 tahun
sepanjang itulah diriku ingin
hidup bersama...
dan bila dibangkitkan semula
pun jua ingin bersamamu

Sayang...
Percayala..
Percayalah....
diriku hanya ingin kamu

Kan Aku dah kata!!!

Kaaan aku dah kata
kalau jalan pandang
kalau cakap pikir2
kalau dengar kusyuk2

semalam aku eksiden..x parah tapi pasrah ...dah lame gile aku x eksiden..paling teruk pun jatuh longkang ..paling best lak jatuh hati :D
maaf ye abang marjan
bukan sifat saya suke marah2
bukan jugak niat saya nak tengking2
tapi dahla semalam satu hari suntuk bekerja
masuk pukul enam pagi
balik pukul 12 tgh mlm
last2 x sampai lima minit abang masuk ikut lane tgh nak belok last minit tu wat aper!!!apelah gune cermin sisi atau lebih popular dengan side mirror kate omputih...

yang menarik lak waktu kejadian..budak2 suria yg baru balik boleh pulak kan lalu jalan tu..siap turun ni..sorang2 cam gengster..!!!yg terbaek punye gengster ck mawarla..berbekal senjata hebat beliau iaitu kasut tumit tinggi ...tanye kenapa...
thanks miki
thanks capit
thanks lin deli
thank ayie
thanks internsss
thanks mawar
terharu...
korang nampak tak air mata aku terharu tgk korang yg prihatin...!!tak nampak kan!!aku nangis dalam hati jerk..walaupun muke wa cute :D...dalam hati ade laut yang terbentang luast :D...

kepada pemandu2 kat luwow sana..silelah berperikemanusiaan sedikit kat kami mat2 motor nie...walaupun x ramai...x semua mat rempit..motor aku paling laju pun bley belah dalam 85km/j rempit apekah itu...

terima kasih jugak kat cik sharifah fateha kerana menemaniku seharian mencarik bengkel panel..aiyoo payoh bebebenor nak carik nye..kepada wakil2 insuran kat luar tu...tolongla buat bnyk sket panel bengkel yg berlandaskan untuk kami penunggang motorsikal :( <--muke kesian ni tau...

sekian sahaja laporan saya dari south afica...



eh eh aku menulis tanpa berpuitis lak..aku dah pandai bebelog style lain jugak rupenye