Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Milikku .... Selamanya

Sayang...
Maafkan abang tidak menulis puisi dihari jadimu
Maafkan abang kebuntuan idea untuk menulis..
Bukanlah bermakna abang tidak menyayangimu
Tidak jua bermakna kasih abang berkurangan
Hanya kerana ..
abang terlalu gembira..
dan segala-galanya telah ku luahkan padamu
_________

Sayang...
Klau dulu diri ini pernah terjatuh
jauh dalam gaung yang dalam
Sakit dan perit..
kini abang terjatuh lagi .. namun
ku jatuh lembut ke atas tilam cintamu

Izinkan diri ini menjadikan dirimu
teman hidupmu sepanjang hidupku..
hingga ke Jannah Illahi..
Dunia Maha agung idaman kita..


Sayang..
pernah dulu ku katakan
ku tak mampu hidup tanpamu..
diriku tak perlu membunuh diriku untuk buktikan kata itu
tanpa mu saja mampu membuat diriku
sesak nafas
lumpuh
dan nazak

Sayang
pernah dulu ku kata
cintaku lebih tinggi dari gunung2 di bumi ini
cintaku lebih dalam dari lautan
tak perlulah dirimu sukat
bayangkan saja belum tentu dirimu mampu

Sayang..
Kini aku
sabar menanti
menanti akan hadir hari itu..
akan hadir satu hari ..
kita kan bersama...
skali lagi ..
BERSAMAAAAA
secara sah..
SELAMANYAAA

Soalan

Aritu nak bg soklan ni kat cik gf tp die xnak layan...hurmmm tulis kat sini lah..kot2 die perasan sila jawap eh...

Sayang...
bagaimana nak tunjukkan kerinduan?
ia ada
ia wujud
kita rasa
tapi ia juga tiada

Bagaimana nak luahkan sayang?
ia ada
ia wujud
ia sangatla terasa
tapi ia juga tiada

Bagaimana hendak membuktikan cinta?
ia ada
ia wujud
ia membuatkan hatiku gelora
tapi dimana ia?

Jika rindu itu luka
luka ku dah bertambah parah
luka ku dah kembali berdarah
luka ku dah tahap kritikal
tapi ia wujud dalam perasaan..
dalam hati..
bayangkan betapa parahnya hati ini
diseksa KERINDUAN?

jika kasih itu tanah
ia dah tinggi menggunung
ia dah melepasi ozon-ozon
tak perlu lagi roket untuk pergi ke angkasa
panjatla kasihku itu
tapi ia perasaan
terbit dari hati
bayangkan betapa hati ini dilambung dengan bahagianya berkasih denganm

Jika cinta itu air
ia dah membentuk satu lautan
lautan yang sangat dalam
rasa-rasanya dah banjir dah bumi ni dengan lautan cintaku
tapi ia perasaan yang hadir dari hati
bayangkan betapa luas dan dalamnya cintaku padamu