AKu yang bukan aku

Dah lama rasanya aku tak menulis..apa yang terbuku di hati...
Perasaan ini seperti sudah tiada inspirasi
Namun ku beratkan juga jemari ini untuk melihat sekeliling
Ku beratkan juga dengan menaip perasaan yang hadir kini
Perasaan yang melemaskan aku

Maaf...
Diri ini menulis apa yang datang hanya dari hati
tiada niat untuk menyakit
tiada niat untuk disimpati
hanya menjadi diri sendiri
yang telah lama menulis puisi
yang hadir dari hati dan perasaan berpuitis
hati ini pasrah
pasrahkan segalanya


sudah 2 bulan lebih aku begini
perasaan yang hadir menyemakkan diri
perasaan yang wujud membunuh senyuman
namun tetap ku tersenyum
menjadi badut yang berjaya menopengkan kesedihan mereka
BADUT!!!
ya badut...aku adalah seorang badut dalam hidupku
hari demi hari aku cuba menggembirakan semua orang disekelilingku
tanpa mereka sedari air mata yang mengalir dipipi
hari demi hari aku mewujudkan keceriaan
tanpa ku sedari aku juga yang kesedihan
Namun telah ku pelajari
untuk menyimpan segalanya sendiri
segala yang dirasakan
hanya untuk diri sendiri
ku berdiri di atas kaki sendiri yang sudah pun parah

Ya Allah!!
kadangkala aku malu untuk menyembah-Mu
kerana hampir setiap hari kaki ini melutut dan berdoa
Doa agar perasaan ini terhapus
Agar perasaan ini dapat ku buang jauh

Maaf....
Tangan ini yang menulis
Kerana hati ingin berbicara
usah gentar
kerna aku tetap hadir hari demi hari
memberikan segala yang termampu



No comments: