Kalau bumi mampu ....

Kalau bumi ini mampu menangis
sudah banjir dunia kita
sudah berair alam semesta
tiada lagi isu kekurangan air...
Namun...
Kalau bumi mampu melawan
habis manusia dilanda badai..
habis manusia ditelan..
habis manusia dilemaskan..
Namun..

Kalau bumi mampu berkata
sudah pasti berucap didalam mesyuarat PBB
sudah pasti berucap di kaca TV
sudah pasti menjerit di setiap telinga kita
Namun...


Namun itula bumi..
ia hanya mampu memberi
segala yang indah untuk kita
laut...
haiwan...
pokok2...
akar kayu...
permandangan yang indah
yang terbentang...mahupun masih belum ditemui
tanpa sebarang tindakan dari ia...
ia tidak pernah meminta belas..
ia juga tidak pernah mengharap balas..
Namun kita sering merosakkanya..
tanpa sedar bumi ini menangis..
setiap kali tetakan kearah pokok2 di bumi..
setiap kali kita menguji bom2 kerosakkan..

ku pinta kasihanilah beliau...

Buntu

Bila semua yang berlaku
Bagaikan salahku
Jika ku punya kuasa magis
yang dulunya aku tidak mahu
kini ku ingin tuntut sangat2
bukan untuk mengulang kembali sejarah
tetapi untuk menghilangkan detik2 yg salah

Tiada cara untuk ku ungkap semua
tiada cara untuk ku bukti segalanya
andaikata benar peribahasa
belahlah dada lihatla jiwa
belahlah dada..ambillah jiwa
kerana sesungguhnya benar
jiwa...
hati...
kasih...
seluruh raga dan hidupku ini
adalah milikmu...

Percayalah sayang
tiada dua
tiada tiga...
mahupun satu perdua
hanya satu
dan ia untukmu
syangku
Sharifah Fateha Syed Idris

Ajarlah Aku Bercinta!

Hati ini telah berpaut erat padamu
Ingin skali ku hidup
bersamamu...
hanya dirimu...
Sayang..

Jika hidup ini dikurniakan
seratus tahun...
tidak...seribu tahun
mahupun berjuta2 tahun
sepanjang itulah diriku ingin
hidup bersama...
dan bila dibangkitkan semula
pun jua ingin bersamamu

Sayang...
Percayala..
Percayalah....
diriku hanya ingin kamu