Kalau bumi mampu ....

Kalau bumi ini mampu menangis
sudah banjir dunia kita
sudah berair alam semesta
tiada lagi isu kekurangan air...
Namun...
Kalau bumi mampu melawan
habis manusia dilanda badai..
habis manusia ditelan..
habis manusia dilemaskan..
Namun..

Kalau bumi mampu berkata
sudah pasti berucap didalam mesyuarat PBB
sudah pasti berucap di kaca TV
sudah pasti menjerit di setiap telinga kita
Namun...


Namun itula bumi..
ia hanya mampu memberi
segala yang indah untuk kita
laut...
haiwan...
pokok2...
akar kayu...
permandangan yang indah
yang terbentang...mahupun masih belum ditemui
tanpa sebarang tindakan dari ia...
ia tidak pernah meminta belas..
ia juga tidak pernah mengharap balas..
Namun kita sering merosakkanya..
tanpa sedar bumi ini menangis..
setiap kali tetakan kearah pokok2 di bumi..
setiap kali kita menguji bom2 kerosakkan..

ku pinta kasihanilah beliau...

No comments: