Kisah Cinta

Jika mahu diukur kasihku padamu
lebih dalam dari tujuh lautan
lebih banyak dari butiran pasir di pantai

Rinduku padamu
adalah satu perasaan yang sentiasa
tersemat dihatiku
walau jauh mahupun dekat jarak kita
rindu itu sentiasa ada

Rindu itu anugerah
cinta itu pengorbanan
kasihku padamu tiada had
dirimu cuma satu
andai terpisah
satu malapetaka telah timpa
pada cinta agung milik kita

Ya..ku akui
diriku gagal pada episod lama
namun kini ku syukuri pada-Nya
menghadiahkan dirimu
untuk kisah terbaru
sayang
moga kisah cinta kita ini
tidak berakhir...
selamanya

No comments: