kembali

ku disini kembali
duduk sendiri
sunyi...
sepi...
tersentak aku dengan kelukaan
tersedak aku dengan kehibaan

indah hanya pada kenangan
yang semakin melambai jauh
indah hanya pada memori
yang semakin mehilangkan diri

ku disini kembali
menulis puisi-puisi sepi
yang hadir dari hati

ku cuba menggapai tangan
agar tidak terus tenggelam dalam sepi ini
namun tiada yang ingin menghulurkan
yang menyayangi memalingkan diri
yang menyintai membiarkan sahaja

sayang..
terima kasih kerana memberi ku rasa makna cinta
dan kini tidak lagi ku ingin merasainya..
andai cinta makna berpisah
andai cinta menghancurkan jiwa
andai cinta melenyapkan segala..

No comments: