Memori itu

Aku cuba melangkah terus kehadapan
memadam memori-memori indah
yang menyesakkan dada
namun ternyata diri ini gagal
semakin ingin ku cuba...
semakin mereka segar di ingatanku
semakin ligat mereka muncul kembali
semakin ingin air mata ini mengalir deras
namun ia hanya tergenang di mata
kerana mata sudah letih
mengalirkannya

sayang...
ku ingin kau tahu
aku disini
menantimu
menyayangimu
merinduimu
menyintaimu
andai tiba suatu hari nanti
dirimu ingin kembali
dengan lapang dada
dengan hati terbuka
diri ini menyambutmu
kerana diri ini senantiasa milikmu
sepanjang hidupku

No comments: