Eh Titanic Tenggelam

Cerita pasal kapal .. eh bukan ni perihal sebuah kapal

Kau aku dia mereka
adalah dalam satu kapal yang sama
arah tuju yang sama
menuju kedarataran yang sama
tiupan angin yang sama

kapal itu tidak akan tenggelam
kalau kita bersatu
kalau kita bersama
kalau kau dan aku
sentiasa berpada

kini kapal itu mula goyah
eh eh ade bocorlah
sorang ke kiri
sorang ke kanan
nakhoda pun cuba menenggelamkan krewnya
kalau krewnya mati
kau nak ambil orang celah mana?

macam mana nak teruskan perjalanan
bila krewnya saling bergaduh
bila kompas x menjalankan tugas
bila layar x dibuka
bila sauh masih tersangkut
bila nakhoda sering mencari salah
tanpa menyelesaikan
bila...
bilakah akan tiba di tujuan

p/s: aku dah standby dah dengan emergency boat

2 comments:

twinklelady said...

eleh!!!! sekali emergency boat tu pun bocor cemana? mesti tepon cik sya jugak suh amikau! :D hahahhahah!

onthespot said...

kecohla mu twinkle cobra...sila beri beta masuk belog my