Kerna Hati Merasa

hari ini aku menulis kerana aku tau...
hari ini aku menulis kerana aku mahu
hari ini aku menulis kerana hati ini inginkan aku kembali
bersama dengan hasil tulisan yang aku tinggalkan

hati ini menulis kerana aku rindu
rindu akan ketenangan
hati ini menulis kerana aku sayang
aku sayangkan kedamaian

Ya!
Kedamaian itu datang dari hati
hati kecil yang Allah ciptakan
hati kecil yang mengetahui baik buruknya
segala tindaakan yang terjadi
perlulah datang dari hati
bukan dari akal fikiran
kerana hati ini tahu segalanya
kerana akal akan dikuasai syaitan

Kesabaran itu perlu
Kesabaran itu wajib
kerana tanpa sabar
akan mencetus sesuatu yang lebih besar
ku tahu kesabaran itu akan melukai hati
ku tahu kesabaran tu akan mengalirkan air mata
tapi ku juga tahu kesabaran itu adalah kemenangan

3 tahun
adalah waktu aku bersabar
3 tahun
aku dihujani dengan dusta dan nista
3 tahun
aku sendiri menempuh derita
namun dalam 3 tahun itu
DIA disisiku
Dihatiku
Alhamdulillah
ku bersyukur kepada-Mu
berkat petunjuk-Mu
3 tahun itu kini berslalu
dan kini aku bahagia
kesabaran itu sungguh bermakna

berfikirlah dari hati yang sering tahu akan kebenaran
berfikirlah dari hati yang sentiasa diberi petunjuk-Nya
kerana akal akan dirasuk nafsu
kerana akal akan dirasuk amarah
kerana akal akan dirasuk Syaitan



1 comment:

faraFieSya said...

3 tahun berlalu..
3 tahun juga hati mu terluka
tanpa aku sedar 3 tahun itu juga kau tersiksa
aku terlalu jahil menilai hati yang begitu tulus mencintai