Sekali lagi Maafkan aku teman

hadirnya kini kembali
untuk memohon kepadamu
kemaafan darimu
kerana takdir yang tersurat
kerana masa kini yang terluka
kerana masa dulu yang berbisa
kerana masa depan yang merana

maafkan aku teman
jika hadirku melukaimu
jika hadirku menyakitimu
jika hadirku menyeksamu

maafkan aku teman
mata ini yang melihat keindahan mu
hati ini yang menyayangimu
bibir ini yang mengukir bait indah bersamamu
diri ini yang meluangkan masa bersama

maafkan aku teman
maaf
maaf

langkah demi langkah
akan ku tatih perlahan-lahan
sendiri
tapi ku masih menanti
untuk bersamamu


No comments: